Set Gastrik Shaklee 2018: Tiada lagi pedih hulu hati & Angin

Ada customer kak anis ni mengadu yang dia bila datang je gastrik boleh buat dia tak tidur nyenyak dan hanya mampu bergolek-golek atas katil seharian tanpa boleh buat kerja. Ni dia kak anis cerita cam mana Set Gastrik Shaklee 2018: Tiada lagi pedih hulu hati & Angin

Set Gastrik Shaklee Enstek 2
Set Gastrik Shaklee Enstek 2

Lihat perbezaan perut yang sihat dan perut yang mengalami gastrik.

Set Gastrik Shaklee 2018: Tiada lagi pedih hulu hati & Angin

  1. Energy Soy Protein (ESP): Perut orang yang gastrik adalah disebabkan oleh asid hidroklorik yang menghakis dinding-dinding perut, selalu juga ia memeritkan perut. Kandungan protein yang tinggi didalam ESP sangat-sangat membantu dalam membaiki sel-sel yang telah rosak pada dinding-dinding perut . Tiada lagi hakisan berlaku lantas ia akan memberi keselesaan pada perut anda.

    Set Gastrik Shaklee Enstek 3
    Set Gastrik Shaklee Enstek 3
  2. Bcomplex shaklee: Selalunya sel saraf pada perut akan alami ketegangan. Maka dengan pengambilan Bcomplex ia akan mengurangkan ketegangan saraf tersebut.

    Set Gastrik Shaklee Enstek 6
    Set Gastrik Shaklee Enstek 6
  3. Osteometrix Shaklee: Kandungan kalsium , magnesium dan vitamin D mampu meneutralkan asid yang terkandung didalam perut. Apabila perut sudah di neutralkan maka rasa pedih hulu hati akan hilang dan memberi keselesaan pada perut.Set Gastrik Shaklee Enstek 4
  4. Peppermint Complex: Membuang angin yang berada didalam badan secara berkesan disebabkan dengan kehadiran halia yang terkandung didalam peppermint complex shaklee ini. Ia akan memberi kelegaan pada badan.

    Set Gastrik Shaklee Enstek 5
    Set Gastrik Shaklee Enstek 5

SET GASTRIK SHAKLEE

Mesti ramai diluar sana yang dah lama alami sakit gastrik yang sangat teruk. Meh kak anis kongsikan Set Gastrik Shaklee yang sangat-sangat membantu menyelesaikan masalah mereka yang dah lama alami sakit gastrik teruk ni. Ni bukan mencegah gastrik je tau tapi lebih kepada menghilangkan terus gastrik tu. Best ke best.

SET GASTRIK SHAKLEE

Set Gastrik Shaklee Enstek
Set Gastrik Shaklee Enstek

 

  1. ESP: Sumber Soya Protein yang terbaik. Ia mengandungi 14 gram protein soya Bukan GMO yang berkualiti tinggi. Ia mengandungi asid amino yang diperlukan oleh tubuh manusia untuk sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Istimewanya ESP adalah ia rendah kandungan lemak dan bebas laktosa dan kolesterol. Sangat sesuai diambil oleh mereka yang gastrik kerana protein mampu membaiki sel-sel yang rosak di lapisan perut yang telah terhakis disebabkan hakisan asid hidroklorik.

    Set Gastrik Shaklee Enstek 3
    Set Gastrik Shaklee Enstek 3
  2. B complex: Ia berfungsi untuk melegakan saraf perut yang sedang ketegangan disebabkan gastrik. Selain itu, ia mengurangkan stress saraf pada                                               .Set Gastrik Shaklee Enstek 6
  3. Osteometrix: Ia mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Dimana ia membantu dalam mengurangkan keasidan perut dengan cara meneutralkan asid-asid yang memasuki esofagus yang akan menyebabkan pedih hulu hati.Set Gastrik Shaklee Enstek 4
  4. Peppermint Complex: Kandungan halia yang terdapat didalam peppermint membantu mengurangkan masalah sebu , senak perut dan dan menyingkirkan angin-angin yang terperangkap dalam badan.Set Gastrik Shaklee Enstek 5

Happy Working & Bussiness Mommy

Alhamdulillah dah sebulan kak anis bekerja sebagai Pegawai Eksekutif Pentadbiran dan kewangan Aman Palestin Negeri Sembilan. Banyak perkara baru yang kak anis belajar. Perkara utama yang kak anis belajar ialah How To Be Happy Working & Bussiness Mommy. Its not easy to handle working and bussiness at the sam time kak anis have 2 children to handle.

Tetapi satu hal yang kak anis percaya dan yakin. Allah SWT sentiasa ada untuk membantu melancarkan urusan rumahtangga, kerja dan bisnes kak anis.

Hidup ni kalau tak ada tekanan kita tak akan mampu kemana-mana.

Happy Working And Bussiness Mommy
Happy Working And Bussiness Mommy

HAPPY WORKING & BUSSINESS MOMMY

  • Letakkan pengharapan 100% pada Allah SWT, InsyaAllah kita tak akan stress walau apa jua ujian dan cabaran yang dihadapi.
  • Bila datang masalah, perkara utama perlu buat mengadu sepenuh jiwa raga pada Allah SWT. Sebab Allah yang datangkan ujian tu dan Allah jua yang akan membantu untuk keluar daripada masalah tu.
  • Masalah dengan manusia juga perlu diselesaikan dengan cuba untuk berkomunikasi yang baik dengan pasangan dan orang disekeliling kita.
  • Berterima kasih kepada semua orang yang hadir memberi bantuan dalam memudahkan urusan kehidupan seharian.
  • Perbanyakkan berselawat dan berzikir kepada Allah. Lebih banyak kita ingat pada Allah lebih banyak Allah akan permudahkan urusan kita.
  • Ikhtiar lain yang kak anis buat adalah dengan mengambil makanan tambahan yang dapat mengurangkan ketegangan saraf OSTEOMETRIX la jawapannya.

Sekiranya ada para ibu yang bekerja diluar sana alami stress dan kemurungan kak anis cadangkan agar ambillah makanan tambahan yang dapat rehatkan saraf ni. InsyaAllah segala urusan dapat diselesaikan.

Cuma ambil 4 biji OSTEOMETRIX sebelum tidur. Bangun pagi badan jadi sihat dan minda pasti cerdas bila sel-sel saraf kita dapat rehat dengan sempurna.

PM je kak anis ye KLIK SINI

Tumit Kaki Sakit Mencucuk Semasa Bangun Tidur

Mesti ada dalam kalangan kita yang pernah dan sedang alami Tumit Kaki Sakit Mencucuk Semasa Bangun Tidur. Tetiba je bila bangun pagi nak menapak pergi ke tandas, pijak je lantai bagai terpijak kaca. Mesti pernahkan?

Sakitnya pula jangan la nak tanya, Hanya orang yang merasainya yang tahu deritanya sakit tumit ni. Ada tu sampai tak boleh nak berjalan. Kesian sangat. Ni kak anis nak bantu apa yang boleh dibuat bila berlaku cam ni.

KAEDAH ELAK TUMIT KAKI SAKIT MENCUCUK SEMASA BANGUN TIDUR

    • Membuat senaman pusingan kaki ke arah lawan jam sebelum duduk.

      Tumit Kaki Sakit Mencucuk Semasa Bangun Tidur
      Tumit Kaki Sakit Mencucuk Semasa Bangun Tidur
    • Setelah duduk pegang tapak kaki dan buat urutan ringan selama 2-3 minit.

      Tumit Kaki Sakit Mencucuk Semasa Bangun Tidur 1
      Tumit Kaki Sakit Mencucuk Semasa Bangun Tidur 1
    • Berpijak pada lantai yang lembut atau memakai selipar yang lembut supaya tiada tekanan yang kuat yang dikenakan pada tapak kaki.
    • Jalan perlahan-lahan. Sekiranyan masih terasa tumit kaki mencucuk cuba rendamkan kaki selama 15 minit kedalam air panas.
    • Setelah buat rendaman kaki pastikan kaki anda diurut dengan minyak panas agar urat-urat kaki anda dapat diregangkan.
    • Makan osteometrix untuk merengangkan saraf-saraf yang tegang.
    • Ambil juga Omega untuk meredakan keradangan yang berlaku pada tapak kaki anda.
    • Kalau nak lagi cepat baik ambil je set lengkap Sakit Tumit Shaklee
shaklee enstek set sakit tumit shaklee .
shaklee enstek set sakit tumit shaklee .

Tak yah pening-pening lagi dah. Nak pos boleh nak COD boleh sekitar Enstek , Kota Seriemas, Nilai, Kg. Jijan, Seremban, Seremban 2, Sri sendayan. PM je Kak Anis KLIK SINI

Cara Hilangkan Sakit Tumit Tanpa Ubat

Perkongsian kali ini bertujuan untuk mendapatkan rawatan sakit tumit tanpa cucuk , pembedahan dan ubat yang membahayakan kesihatan di kemudian hari. Kak anis nak cerita pula berkenaan Cara Hilangkan Sakit Tumit Tanpa Ubat. Ubat-ubatan ni selalunya mampu mengubati sakit tumit dengan cepat tetapi perlu diingat bahawa yang cepat selalunya berbahaya.

CARA HILANGKAN SAKIT TUMIT TANPA UBAT

  1. Bawa kaki berjalan diatas batu Refloxology agar urat-urat pada tapak kaki dapat diregangkan.
  2. Berurut kaki pada tukang urut yang pakar. Kalau inginkan yang berdekatan Sungai Besar boleh PM Kak Anis sebab ibu kak anis memang pakar dalam urutan wanita.

    Cara Hilangkan Sakit Tumit Tanpa Ubat 1
    Cara Hilangkan Sakit Tumit Tanpa Ubat 1
  3. Merendamkan kaki dalam air lemon yang panas selama 30 minit 3 kali seminggu agar saraf-saraf pada kaki dapat ditenangkan sekaligu dapat membuang toksid-toksid yang ada dalam badan kita. Banyak toksid dalam badan juga adalah faktor kepada sakit tumit yang berpanjangan.

    Cara Hilangkan Sakit Tumit Tanpa Ubat
    Cara Hilangkan Sakit Tumit Tanpa Ubat
  4. Membuat senaman ringan dengan memusingkan kedua pada arah lawan jam. Ia membantu memberikan tenaga pada saraf-saraf kaki. Ia boleh dilakukan sebelum bangun dari pada tidur dan bangun daripada duduk yang lama.
  5. Sangat digalakkan juga untuk melakukan senaman selama 15 minit 3 kali seminggu bagi mengurangkan berat badan yang sangat-sangat menggalakkan kepada sakit tumit yang berlarutan.
  6. Amalkan makanan yang sihat dan makanan sunnah seperti Madu, kurma, dan susu .
  7. Perlunya pengambilan makanan tambahan SHAKLEE yang bersesuaian. Dapatkan Set Sakit Tumit Shaklee daripada kak Anis.

    shaklee enstek set sakit tumit shaklee .
    shaklee enstek set sakit tumit shaklee .

Anda masih alami sakit tumit. Amalkan Cara Hilangkan Sakit Tumit Tanpa Ubat ini. InsyaAllah berkesan.

Tips Kurangkan Sakit Tumit

Pos kak anis sebelum ni berkenaan sakit tumit. Kali ini punya pos juga berkenaan ada kaitan dengan sakit tumit iaitu Tips Kurangkan Sakit Tumit. Terdapat sesetengah wanita mengambil masa untuk menghilangkan sakit tumit. Tetapi sekiranya para wanita diluar sana mengamalkan Tips-tips ini InsyaAllah sakit tumit pasti akan berkurang dari masa ke semasa.

Tips Kurangkan Sakit Tumit
Tips Kurangkan Sakit Tumit

TIPS KURANGKAN SAKIT TUMIT

  • Buat rendaman kaki dengan air panas beserta lemon sekurang-kurangnya seminggu 3 kali. Tips ini membantu menenangkan urat-urat pada tapak kaki sekaligus mampu mengeluarkan toksin-toksin yang terdapat pada kaki tersebut.
  • Membuat senaman ringan pada kaki sebelum bangun daripada tidur dan daripada duduk yang lama. Ia mampu memberikan regangan pada otot dan urat pada kaki.
  • Membuat senaman ringan seminggu 3 kali selama 15 minit sekurang-kurangnya. Ia sangat membantu dalam mengurangkan berat badan yang kadang menyumbang kepada sakit tumit.
  • Membuat urutan pada tapak kaki sebaiknya sebelum tidur malam. Sapukan dengan sedikit minyak angin. Agar angin-angin yang terperangkap pada urat kaki dapat dikeluarkan.
  • Boleh juga mengamalkan makanan-makanan sunnah seperti madu, kurma, susu dan kismis untuk memberikan kecukupan nutrisi pada badan dan sekaligus mampu mengurangkan sakit kaki yang mungkin berakibatkan kekurangan nutrisi
  • Terakhir sekali ikhtiarlah dengan makanan tambahan SHAKLEE yang bersesuaian dengan masalah sakit tumit tersebut. Set Sakit Tumit Shaklee boleh rujuk DISINI
    shaklee enstek set sakit tumit shaklee .
    shaklee enstek set sakit tumit shaklee .

     

Jom cuba amalkan Tips Kurangkan Sakit Tumit ini .

Kepada sesiapa yang mengalami sakit tumit yang tidak surut-surut terus je Whatsapp Kak Anis DISINI