Hamil 4 minggu tidak mual: Set Kehamilan Shaklee

Assalammualaikum buat pembaca sekalian. Kak anis nak share kenapa perlunya ibu-ibu mengandung mendapatkan nutrien yang lengkap. Ramai juga yang akan alami mual-mual ketika awal kehamilan kan? Ni kak anis nak kongsikan bagaimana hamil 4 bulan tidak mual dengan Set kehamilan shaklee.

Kak anis kongsikan sikit la masa mengandung anak pertama memang kak anis amalkan set kehamilan shaklee. Masa awal-awal kehamilan memang kak anis alami morning sickness yang sangat teruk. Masa awal-awal tu produk shaklee masih tak sampai Mesir lagi. So memang kalau nak makan tu kene paksa makan oleh suami. Alhamdulillah disebabkan suami paksa makan la kak anis tak kene warded masukkan air.

Kak anis nak bagitau la, 3 bulan sebelum bernikah kak anis memang dah amik bcomp with folic acid. Alhamdulillah selepas 4 bulan nikah dah sangkut. Alhamdulillah rezeki awal nak dapat anak.

Bila produk shaklee dah sampai Mesir kak anis amik ESP, Bcomp dan oeteometrix. Waktu ni tak amik lagi Vitalea. Tapi bila setiap bulan cek darah Hemoglobin(hb) rendah. Ni tak boleh jadi ni. Macam-macam usaha untuk naikkan Hb antaranya makan sayur bayam banyak-banyak. Tapi itu tak mencukupi. Akhirnya kak anis decide amik Vitalea, Alhamdulillah masa kandungan dah masuk 7 bulan Hb semua ok.

Kak anis pilih untuk amik Esp sebab ia selamat diminum sebab ia dari Non-GMO soya dan dilengkapi dengan semua asid amino. Penting amik asid amino ni masa hamil ialah untuk membaik pulih sel yang rosak dan hasilkan sel yang baru. Semasa pembesaran bayi di dalam rahim ia perlukan asid amino yang tinggi untuk pembahagian sel yang sempurna. Kalau asid amino tak cukup boleh menyebabkan kecacatan pada bayi.

Pengambilan protein yang lengkap juga dari ESP boleh mengurangkan morning sickness sebab ia rendah indeks glosemik jadi ia membebaskan gula kedalam darah secara perlahan untuk memastikan paras gula tu stabil.

Esp juga boleh mengurangkan gastrik kepada ibu mengandung. Nak tahu tak, mengandung ni boleh menyebabkan usus lambat bergerak menyebabkan perut rasa kenyang je tapi sebenarnya perut tu dah kosong, itulah yang menyebabka gastrik dan sakit ulu hati. Bila bayi makin membesar ia akan menolak perut keatas, jadi ruang perut makin sempit dan akan rasa perut kenyang tapi hakikatnya perut kosong. Ini pun punca gastrik kalau tak makan, jadi ESP ni dia bagi perut kenyang lebih lama dan dapat mengurangkan gastrik.

Esp juga boleh beri ibu mengandung ni lebihan tenaga. Nak tahu tak masa mengandungkan anak pertama ni masa bulan ramadhan tau. Tapi yang paling mengejutkan kak anis boleh dapatkan puasa penuh 1 bulan dalam keadaan morning sickness teruk tu. Inilah rahsianya. ESP.

Produk seterusnya kak anis nak citer pasal pentingnya ambil Vitalea. Vitalea ialah multivitamin, multimineral dan ia mengandungi semua zat yang diperlukan oleh badan untuk menampung zat-zat yang tidak diperolehi daripada makanan harian. Zat besi juga terkandung didalam vitalea. Ibu mengandung memerlukan 27 mg setiap hari. Satu biji vitalea mengandungi 9 mg zat besi, Jadi ibu mengandung perlu ambil 3 biji vitalea sehari.

Sebelum mengandung pun perlu ambil vitalea untuk cukupkan zat besi badan. Zat besi vitalea sangat senang diserap. Kalau ada ibu-ibu yang alami anemia sangat sesuai amik vitalea  shaklee ni. Ia juga tidak berbau dan mudah ditelan oleh ibu-ibu hamil. Ia perlu dimakan selepas makan.

Vitalea juga mengandungi asid folik(200 microgram) untuk elakkan kecacatan pada pembesaran bayi.

Bcomp sangat membantu dalam pembinaan sel darah merah , mengurangkan stress dan bagus untuk saraf.

Vitamin c shaklee ia sustaines release ia dibebaskan secara berperingkat ke dalam darah jadi ia larut air.Ia berfungsi membantu penyerapan zat besi dan meningkatkan sistem imun. Ibu mengandung perlukan vitamin c yang lebih tinggi untuk elakkan skurvi.

Omega guard yang sangat penting untuk peredaran darah yang baik. Masa mengandung darah sangat pekat. Untuk mengelak pembekuan darah yang tak normal. DHA dan EPA sangat penting untuk perkembangan mata dan otak bayi.

Osteometrix ialah sumber kalsium dan magnesium dan vitamin D. Magnesium dan vitamin D membantu untuk penyerapan kalsium pada tulang.  Sakit-sakit belakang, lenguh-lenguh, kejang-kejang itu adalah disebabkan oleh kekurangan kalsium. Penting juga kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi bayi. Tulang ibu sendiri adalah bank kalsium pada bayi tapi kalau kalsium cukup bayi tak akan amik kalsium dari tulang ibu.

Kenapa ibu dari awal kehamilan sangat perlukan zat besi? Sebab bayi sangat perlu zat besi untuk pembentukan otak bayi. Sangat-sangat penting perlunya kecukupan zat besi untuk keperluan bayi membesar dengan sihat.

Sangat penting untuk setiap yang dah disahkan hamil untuk ambil semua produk set kehamilan shaklee untuk melengkapkan nutrisi kita.

Kak anis nasihatkan agar 3 hingga 6 bulan sebelum hamil dah ambil nutrien asas persediaan untuk hamil agar dapat mengelakkan berlaku kecacatan pada saraf bayi.

Disamping itu, kak anis juga amalkan surah-surah ni untuk dapatkan anak yang soleh solehah.

shaklee enstek set kehamilan shaklee 1
shaklee enstek set kehamilan shaklee 1

Semoga anak-anak kita nanti sihat rohani dan fizikalnya.

Set kehamilan shaklee mengandungi 6 produk iaitu ESP, vitamin c, vitalea,B complex, Osteometrix dan Omega Guard.

shaklee enstek set kehamilan shaklee
shaklee enstek set kehamilan shaklee

Dapatkan kebaikan Set Kehamilan Shaklee daripada kak anis ye.

wasap na www.wasap.my/60196025272

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *