Khasiat CoQ10 Shaklee

Kak anis hari ini nak kongsikan berkenaan Khasiat CoQ10 Shaklee.Mungkin kebanyakan daripada kita bila sudah meningkat usia makin banyak sel-sel yang kurang menghasilkan komponen sel mitokondria iaitu komponen sel yang menjana tenaga kepada tubuh.

shaklee enstek Khasiat CoQ10 Shaklee
shaklee enstek Khasiat CoQ10 Shaklee

Mitokondria ini diibarat sistem jana kuasa kepada tubuh kita. Kekurangan komponen mitokondria ini boleh menyebabkan badan kita mudah penat dan memberi kesan jangka panjang kepada tubuh seperti mudah mendapat penyakit alzeimher, parkinson, sakit jantung, tekanan darah tinggi, penyakit hati, penyakit pernafasan dan sakit buah pinggang.

Seiring peningkatan usia, Coenzyme Q10 sudah kurang dihasilkan oleh badan disebabkan itu perlunya pengambilan CoQ10 daripada makanan ataupun makanan tambahan. Seawal umur 20 tahun , tubuh menhadapi kesukaran dan kesulitan untuk menghasilkan CoQ10 ini.

Kajian menunjukkan bahawa 100 mg coenzyme Q10 memberikan pelbagai manfaat kepada badan. Untuk memastikan kita mendapat 100mg Coenzyme Q10, kita perlu mengambil:

3Kg Daging Merah

100 cawan Brokoli rebus

100 sudu besar Minyak Canola

3.3 Kg Mentega Kacang atau

100mg Supplemen CoQ10

CoQ-Trol-Plus-Shaklee enstek
CoQ-Trol-Plus-Shaklee enstek

Kak Anis juga nak kongsikan Khasiat CoQ10 Shaklee untuk kita semua:

  1. Memperolehi tenaga yang berkekalan
  2. Meningkatkan kekuatan otot
  3. Mempercepatkan pemulihan luka
  4. Menguatkan otot-otot jantung
  5. Menyokong fungsi jantung yang sihat
  6. Meningkatkan paras tenaga untuk mereka yang mengambil Statin (ubat rendahkan kolesterol)
  7. Meningkatkan jumlah sperma yang sihat
  8. Meningkatkan pergerakan sperma
  9. Meningkatkan kualiti Ovum
  10. Menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan
  11. Meningkatkan tekstur kulit
  12. Menjana fungsi otak yang sihat
  13. Meningkatkan fokus dan fungsi-fungsi sel otak

Wah banyak sangat Khasiat CoQ10 Shaklee ni.  CoQ10 ni sangat-sangat sesuai untuk diberikan hadiah kepada orang tua kita. Sekarang ni mak ayah walaupun dah ada cucu masih bekerja. Bila bekerja ni pastinya banyak menggunakan tenaga. Kalau badan tak bertenaga bagaimana kita nak menghasilkan kerja yang cemerlang.

shaklee enstek CoQ-Trol
shaklee enstek CoQ-Trol

Dulu dipanggil CoQHealth Plus tapi kini Suplemen CoQ10 Shaklee formula terbaru 2018, dikenali sebagai CoQ-Trol Plus, ia  dilengkapi dengan 100mg CoQ10, 5.5 mg Tocopherol dan 2mg Resveratrol. Ada resveratrol la. Jom dapatkan manfaatnya segera.

Call atau whatsapp je kak Anis cecepat www.wasap.my/60196025272

#SuperStarzFamily

#Juta1sakinah

#Selsihatbebasstress

 

 

Set Pantang Ceaserean Shaklee

Alhamdulillah kak anis ada pengalaman menggunakan Set Pantang Ceaserean Shaklee. Sangat cepat dan pantas kesannya pada badan. Kak anis rasa badan bertenaga dan luka sangat cepat baik.

shaklee enstek set berpantang ceaserean shaklee
shaklee enstek set berpantang ceaserean shaklee

Sebenarnya, Kak anis berpantang sendiri di Mesir semasa melahirkan anak yang pertama, Noor Hafsah. Sekarang umur dia dah 2 tahun 10 bulan. Masa berpantang tu memang tiada orang tua yang pantau. Hanya sahabat ISMA  Mesir yang datang setiap hari untuk membantu meringankan kerja-kerja rumah. Selebihnya suami yang banyak bantu.

Seminggu je consume Set Pantang Ceaserean Shaklee ni, ada sahabat ISMA yang datang ke rumah tu tegur kak anis.

S: Kak Anis nampak cam bertenaga je, jalan pun nampak laju.

Padahal rasanya kak anis dah jalan paling perlahan dah.

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan bersalin di Mesir.

Anak tak kene Jaundis. Alhamdulillah. Luka ceaser Kak Anis pun canttik tercantum. Kak anis jaga sangat bab-bab pantang larang makanan ketika berpantang. Jangan tersalah makan nanti merana diri. Telur makanan pertama jangan sentuh ye.

Minggu pertama kak anis hanya makan ikan bilis salai + Nasi putih sahaja. Minggu-minggu setersunya kak anis makan sup ayam sahaja sehingga habis pantang. Nak kata tak muak. Muak juga. Tapi alhamdulillah disebabkan dalam pantang amalkan Set Pantang Ceaserean Shaklee semuanya sihat. Susu pun banyak. Kakak hafsah tak pernah meragam waktu malam, Hanya bangun untuk menyusu je.

Kak anis nasihatkan pada ibu-ibu yang telah melalui ceaserean semasa bersalin disarankan sangat-sangat untuk ambil Set Pantang Ceaserean Shaklee. Ia mudah nak diurus cara pemakanannya.

Kak anis amik juga makanan sampingan lain sewaktu berpantang di Mesir. Antara yang mempercepatkan lagi penyembuhan adalah dengan pengambilan madu sidr yaman kelas A. Terima Kasih suami yang banyak sangat membantu kak anis dalam menyembuhkan tenaga dalaman kak anis. Suami kak anis jugalah yang urutkan badan kak anis selepas sebulan berpantang. Sangat banyak jasa suami dalam menjada kak anis dan kakak hafsah. Semoga jasa abang dibalas Syurga.

Ibu bapa mertua dan ibu abah juga banyak membantu dari segi kewangan dan keperluan barangan bersalin dan berpantang. Kak anis juga dibekalkan dengan pati haruan jenama Anugerah oleh ibu ayah mertua. Ibu abah juga ada menyumbang dari segi baju-baju dan barangan bayi pertama kami.

Set Pantang Ceaserean Shaklee juga dibeli oleh ayah ibu mertua. Terlalu besar jasa kalian. Semoga syurga juga buat kalian.

Kebaikan yang kak anis dapat sepanjang berpantang dengan Set Berpantang Ceaserean Shaklee, antaranya:

  1. Tenaga pulih segera
  2. Luka cepat kering dan sembuh
  3. Susu badan melimpah ruah
  4. Tiada sembelit
  5. Kulit sentiasa mulus

Kak anis doakan ibu-ibu yang ceaserean berdoa banyak-banyak kepada Allah agar diberi kekuatan untuk menghadapi pantang yang penuh cabaran dan kejutan yang mungkin tidak sidangka-sangka.

#SuperStarzFamily

#Shakleeenstek

#0196025272

#Shakleekotaseriemas

#selsihatbebasstress

OMEGA GUARD: Atasi masalah jantung

Hari ni anis nak share berkenaan OMEGA GUARD SHAKLEE.

shaklee enstek omega guard kak anis 2
shaklee enstek omega guard kak anis 2

Omega ni SANGAT-SANGAT PENTING diambil setiap hari. Nak tau sebab apa?

Sebab OMEGA ni ialah omega 3 yang sangat tinggi dengan DHA iaitu komponen yang penting untuk pembinaan otak manusia dan EPA yang sangat penting untuk kesihatan mata dan jantung kita.

Shaklee enstek omega guard kak anis 5
Shaklee enstek omega guard kak anis 5

Nak tahu tak apa berlaku kalau kita makan omega yg diperoleh dari ikan-ikan yang tercemar dengan pencemaran dan heavy metal semasa kita hamil? Nau’zubillah.minta dijauhkan.Ia boleh menyebabkan pertumbuhan otak bayi terganggu dan boleh menyebabkan bayi autisme dan macam-macam lagi la.

Penting tak penting omega yang betul-betul terhindar dari heavy metal untuk ibu-ibu hamil.

Shaklee ni  tak ambil sembarangan ikan tau untuk hasilkan omega guard ni. Sebelum terhasilnya omega guard ni saintis dah buat penyelidikan daripada pemerhatian dorang terhadap polar bear dan orang-orang eskimo yang duduk di kutub. Polar bear ni nampak je badan besar dan gemuk tapi polar bear tak pernah kene serangan jantung. Orang eskimo juga begitu, dorang tak pernah kene penyakit-penyakit yang melibatkan metabolisma tau.

Jadi setelah dikaji rupa-rupanya polar bear dan orang eskimo ni dia dapat omega 3 daripada ikan laut dalam dan sejuk dimana laut tersebut tak tercemar dengan heavy metal dan tumpahan minyak. Ikan-ikan ini diperoleh di hulu laut laut yang tak ada kapal-kapal yang berlabuh disana.

Walaupun begitu shaklee tetap menjalankan 3 proses saringan:

  1. 2 kali proses memastikan ikan yang diambil untuk mendapatkan omega 3 tu tak mengandungi heavy metal
  2. proses yang ketiga adalah untuk menyahkan bau hanyir ikan.

Wow-wow..dahsyat tak produk shaklee.

Cam mana shaklee sangat  menjaga kualiti produknya.

Banyak sangat kebaikan yg akan diperoleh kalau hari-hari ambil omega guard ni tau.Antaranya:

  1. Otak kita akan berfungsi dalam keadaan yang baik dan terhindar daripada masalah mental. Hormon kita akan lebih stabil
  2. Sangat baik unuk kesihatan paru-paru dan jantung
  3. Dan kita terhindar daripada dihinggapi penyakit2 berbahaya seperti sakit jantung, diabetes, darah tinggi dan kanser
  4. Ditambah lagi dia akan menyihatkan  sistem imun kita

    Shaklee enstek omega guard kak anis 4
    Shaklee enstek omega guard kak anis 4

Apa yang sangat penting perlu seimbangkan pengambilan omega 6 dan omega 3 ni. Omega 6 ni selalunya diperoleh dari tumbuh tumbuhan dan bijirin. Selalunya bila pengambilan omega-omega ni tidak seimbang .itu yang akan menyebabkan penyakit paling banyak yang bukan disebabkan oleh virus ni lebih mudah dapat( diabetes,sakit jantung n etc)

Hati-hati tau. Orang yang cakap ni lagi-lagi la.

Istimewanya  lagi DHA yang terkandung dalam omega guard shaklee ni lebih tinggi berbanding minyak ikan lain.

Lebih tinggi DHA lebih cekaplah otak kita berfungsi.

Bestnyer la kan.

Nak anak-anak bijak dan pandai bagi la mereka omega guard sejak dari alam rahim lagi.

Sekarang ni kan ibu ayah nk anak-anak pandai kan.cepat-cepat la dapatkan OMEGA GUARD SHAKLEE yang original dari kak anis

Shaklee enstek omega guard kak anis 6
Shaklee enstek omega guard kak anis 6

Jangan dah terlambat baru nak consume.Anak-anak yang tengah membesar ni la sangat-sangat perlukan omega ni.

Jom dapatkan OMEGA GUARD SHAKLEE segera.

#BuildByMe

#SuperStarzFamily

#Shakleeesntek0196025272

#Juta1sakinah

DETOX : Cara Detox Badan, Hati, Usus dengan DTX Complex Shaklee

MALU MUKA PENUH JERAWAT LINDUNG DENGAN MAKE UP TEBAL INI PERLUKAN DETOX . Jom detox dengan DTX Complex Shaklee dulu. Amalkan Set Hati Sihat ni untuk mendapatkan hati yang sihat sempurna.

Shaklee Enstek Kak Anis DTX Shaklee 2
Shaklee Enstek Kak Anis DTX Shaklee 2

Muka penuh jerawat, macam-macam kolagen dah makan, macam-macam produk cantik dah makan.Tapi masih alami kulit bermasalah.

Nak tahu sebab apa boleh jadi cam ni?

Sebab vitamin-vitamin cantik yang dimakan tu tak dapat diserap sebaiknya oleh usus.

Kenapa jadi cam tu ye?

Sebab kebanyakan produk-produk cantik yg diambil mengandungi vitamin A, D, E, & K. Semua vitamin-vitamin ni larut lemak dan perlu melalui hati untuk dicernakan dalam bentuk molekul yang halus untuk diserap di usus.

Fungsi hati sangat main peranan dalam mempercepatkan proses penyerapan vitamin-vitamin ni adalah organ dihati.

Tapi bila hati tak dapat mainkan peranan sebaiknya disebabkan hati dah terlalu penat nak proses toksin-toksin dari pemakanan seharian. Maka hati tak mampu nak proses vitamin-vitamin tersebut.Sebab hati terlalu penat nak proses macam-macam sebab hati dah rosak. Jadi sebab itulah walaupun makan sebanyak mana pun kolagen tapi ia tak dapat diserap sebaiknya oleh usus.

Shaklee Enstek Kak Anis DTX Shaklee
Shaklee Enstek Kak Anis DTX Shaklee

Apa perlu buat bila jadi begini?

DETOX la jawapannya dengan pengambilan PRODUK DTX SHAKLEE.

Detox hati tu dulu, buang segala toksin-toksin yang terkumpul dihati tu, bila hati dah bersih dr segala toksin maka hati boleh fokus kepada proses vitamin-vitamin larut lemak ni. So lepas tu senang la molekul-molekul kecil vitamin-vitamin tadi boleh diserap secara efficient di usus kita.

Alhamdulillah hati dah sihat , proses yang dilakukan oleh hati lancar, pasti kulit akan sihat, tegang dan berseri-seri.

Shaklee Enstek Kak Anis DTX Shaklee 1
Shaklee Enstek Kak Anis DTX Shaklee 1

Jom DETOX Badan, Hati, usus dengan DTX COMPLEX SHAKLEE.Dapatkan segera daripada kak anis. Khas buar warga Enstek dan Kota Seriemas. PM kak anis ye.

#BuildByMe

#SuperStarzFamily

#Shakleeenstek0196025272

#juta1sakinah

 

B-COMPLEX SHAKLEE:Vitamin B Lengkap dengan Folik Asid

B-COMPLEX SHAKLEE: Vitamin B Lengkap dengan Folik Asid. B-Complex Shaklee mampu mengawal Emosi kita terutama emosi ibu-ibu.Siapa selalu sentap, suka bersangka buruk, cepat stress, senang nak marah-marah?Cuba angkat tangan.Ngaku je la. Mesti benda- benda ni semua banyak berlaku pada wanita kan. Ada juga berlaku kat lelaki tapi jarang la kot. Jawapan bagi masalah ibu-ibu semua adalah B complex shaklee.

shaklee enstek kak anis B-complex
shaklee enstek kak anis B-complex
shaklee enstek kak anis b-complex
shaklee enstek kak anis b-complex

Sebab wanita ni penuh dengan emosi. Kadang tak mampu nak kawal. Termarah anak la, termarah suami la. Semua orang nak dimarahnya. Tetiba je rasa nak menangis tak tentu hala.

Padahal perkara kecil je.

shaklee enstek kak anis B-complex 3
shaklee enstek kak anis B-complex 3

Nak tahu sebab apa?

Banyak faktornya .Antaranya kekurangan vitamin B dalam badan pun boleh buat kita stress tau.Vitamin b ni boleh bantu untuk pelihara kesihatan sistem saraf kita tau.Bila saraf ni sihat insyaAllah badan-badan kita semua sihat.memang kita boleh ambil vitamin b ni dari makanan tapi tak semua makanan yang kita ambil tu vitamin dia masih kekal ada sebab vitamin ni boleh musnah kalau terdedah kepada haba. Kalau dalam Bcomplex shaklee ni semua vitamin b yg badan kita perlukan ada dan pada kadar yang telah ditetapkan oleh WHO.Sangat selamat.

Buat isteri-isteri, ibu-ibu sangat digalakkan amik b complex ni tau supaya dapat kawal emosi ketika berdepan dengan situasi-situasi yang tak diigini. Lagi-lagi ibu yang dalam pantang. Bcomplex sangat-sangat digalakkan untuk ambil untuk mengelakkan kemurungan daripada berlaku dan untuk mengelakkan berlakunya meroyan.

Lihat pada situasi semasa ramai sangat ibu-ibu yang berpantang mengalami tekanan disebabkan pelbagai punca. Antaranya kurangnya perhatian daripada orang sekeliling atau terpaksa melakukan kerja rumah sendiri.

B-complex sangat-sangat diperlukan ketika dalam pantang sebab ia mampu mengurangkan tekanan ibu-ibu berpantang.

shaklee enstek kak anis b -complex 2
shaklee enstek kak anis b -complex 2

Doktor juga sangat menggalakkan kita ambil B-complex shaklee untuk kurangkan tekanan dan mengatasi migrain. Boleh juga diambil dengan OSTEOMETRIX untuk melegakan saraf yang tegang. Sangat digalakkan juga diambil oleh ibu bapa yang bekerja. Agar bila pulang ke rumah anak-anak tidak menjadi mangsa stress kita di tempat kerja.

shaklee enstek kak anis b -complex 1
shaklee enstek kak anis b -complex 1

Jadilah ibu bapa yang bijak memilih makanan tambahan agar-agar hidup harmoni keluarga sejahtera.

Ekslusif untuk orang esntek dan kota seriemas yang nak COD B-Complex shaklee boleh pm Kak Anis Sakinah pengedar sah shaklee anda 0196025272

#BuildByMe

#SuperStarzFamily

#Shakleeenstek

#Selsihatbebasstress

Vivix Shaklee: Harga, Kelebihan dan Testimoni

Assalammualaikum pembaca yang dikasihi Allah, entry kali ini saya ingin berkongsi tentang Vivix Shaklee: Harga, Kelebihan dan Testimoni. Mesti ramai yang selalu je dengar pasal Vivix Shaklee tapi tak tahu detail berkenaan Harga, Kelebihan dan Testimoni pengguna Shaklee.

Vivix Shaklee: Harga, Kelebihan dan Testimoni
Vivix Shaklee: Harga, Kelebihan dan Testimoni

Oleh itu, Kak Anis nak kongsikan la disini berkenaan kandungan vivix, harga, kelebihan dan Testimoni Pengguna-pengguna vivix shaklee ni.  Jom baca dan kenal vivix. Semoga semua yang dah kenali Vivix Shaklee akan jatuh cinta untuk mendapatkannya dan mengamalkannya.

shaklee enstek Vivix shaklee
shaklee enstek Vivix shaklee

 

Vivix Shaklee : Harga, Kelebihan dan Testimoni

Jom Kenali Vivix Shaklee

Vivix Shaklee ialah sejenis minuman botani yang sangat tinggi nilai antioksida. Justeru itu, Vivix merupakan produk Premium Shaklee yang paling tinggi kualiti dan khasiatnya. Ia mengandungi 4 bahan botani organik yang sangat tinggi nilai antioksida.  Bahan-bahan botani organik tersebut ialah Muscadine Grape, Japanese Knotweed, Purple Carrot dan Elderberry yang sangat tinggi kandungan resveratrol dan kaya dengan polifenol.

Resveratrol dan Polifenol

Kandungan utama vivix adalah Muscadine Grape dimana ia mengandungi tinggi nilai antioksida. Polifenol pula akan memberikan kesan yang pantas untuk antioksida itu bertindak di dalam tubuh manusia.Malah, Muscadine Grape juga memiliki lebihan kromosome untuk membantu membaiki DNA yang telah rosak disebabkan Radikal Bebas. Radikal bebas ini boleh menyebabkan ketidakstabilan pada nukleus tubuh kita. Berhati-hatilah dengan Radikal Bebas yang diperolehi daripada makanan dan persekitaran.

4 bahan utama vivix shaklee
4 bahan utama vivix shaklee

Jom Jatuh Cinta Dengan Vivix

❤️ menggalakkan  awet muda dan anti penuaan.

❤️ membantu proses menurunkan berat badan secara sihat.

❤️ merencatkan sel kanser daripada merebak.

❤️ menurunkan risiko sakit jantung dengan melindungi jantung.

❤️mengawal gula dalam darah.

❤️ membaiki sel pankreas dan penghasilan insulin semulajadi.

❤️ mempercepatkan pemulihan pesakit strok dan angin ahmar.

❤️meningkatkan kekuatan sistem imun badan.

❤️menyokong kesihatan sendi dan saraf.

❤️mengurangkan komplikasi kencing manis dan menyelamatkan anggota badan dari dipotong.

Istimewa sangat Vivix ni

♦ Memperbaiki DNA

Setiap hari , tubuh kita mengalami kerosakan DNA akibat daripada radikal bebas yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix berfungsi melambatkan proses penuaan dan melindungi DNA sel tubuh kita daripada rosak. Vivix sangat sesuai di ambil oleh pesakit kanser yang telah menjalani rawatan kimoterapi untuk proses penyembuhan.

♦Memperbaiki tenaga sel

Semakin banyak tubuh kita terdedah dengan radikal bebas, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Hal ini menyebabkan sel tenaga semakin merosot. Oleh itu, Vivix berfungsi memperbaiki tenaga tubuh,

♦ Melambatkan pembentukan protein AGE

Protein AGE ialah molekul gula melekat pada protein yang membawa kepada perubahan struktur . AGE mempercepatkan proses pengoksidaan pada sel dan penimbunan AGE akan menyebabkan kerosakkan pada sel.  Apabila umur meningkat, pembentukan AGE akan berlaku.  Ramuan Vivix yang mengandungi 10kali polifenol lebih kuat dari Resveratrol mampu melambatkan pembentukan AGE.

♦Menjaga dan memelihara kesihatan jantung,kesihatan otak, sistem imun, sendi dan antioksidan.

Sebab itu,  vivix mampu membantu pesakit untuk bebas dari penyakit diabetes, kanser, sakit jantung dan Gout.

 

TESTIMONI PENGGUNA

Testimoni Vivix shaklee 1
Testimoni Vivix shaklee 1
Testimoni vivix Shaklee 2
Testimoni vivix Shaklee 2
Testimoni Vivix 3
Testimoni Vivix 3
Testimoni vivix 4
Testimoni vivix 4
Testimoni vivix 5
Testimoni vivix 5
Testimoni Vivix 6
Testimoni Vivix 6

 

Harga Produk Shaklee 2018/Shaklee Product Price List 2018

Jom tengok Harga Produk Shaklee 2018/Shaklee Product Price List 2018.

Harga Produk Shaklee 2018/Shaklee Product Price List 2018 terkini DISINI

Harga Produk Shaklee 2018/Shaklee Product Price List 2018
Harga Produk Shaklee 2018/Shaklee Product Price List 2018

 

Semua orang pasti sebelum beli barang teringin nak tahu harga sebenar kan. Disini anis kongsikan semua harga Produk Shaklee.

Boleh juga download senarai Harga Produk Shaklee 2018/Shaklee Product Price List 2018 DISINI

Ini harga jualan biasa tau. Kalau harga ahli lain pula. Harga ahli lebih rendah daripada harga jualan. Sebab Shaklee memang beri kelebihan itu kepada yang berdaftar ahli. Less 20% untuk setiap pembelian Produk Shaklee.

Tiada lagi rahsia berkenaan Harga Shaklee. Sentiasa terbuka untuk pelanggan kesayangan Anis.

Kami di dalam Group #SuperStarzFamily sentiasa mengamalkan untuk menjual mengikut Undang-undang yang telah ditetapkan oleh Shaklee.

Sekiranya anda ingin membeli harga yang lebih rendah. Jom la daftar ahli dengan anis. Senang je daftar ahli. Boleh Klik DISINI

whatsapp ke 0196025272
whatsapp ke 0196025272

Ekslusif buat mereka yang melawati blog anis ini.

Jom Jalan-jalan ke Blog Upline saya Master Salwa

Daftar Ahli Shaklee 2017

Senang je cara nak Daftar Ahli Shaklee 2017.Jom sertai Shaklee dengan Daftar Ahli Shaklee 2017 dengan Pengedar Shaklee Enstek lebih mudah.

Daftar Ahli Shaklee 2017
Daftar Ahli Shaklee 2017

3 Cara mendaftar ahli shaklee 2017:

  1. Terus menghubungi Pengedar Shaklee Enstek dan memberitahu yang anda ingin mendaftar ahli shaklee di talian 019-6025272.
  2. WhatsApp maklumat dibawah kepada Puan Anis www.wasap.my/60196025272/DaftarAhliShaklee2017

    whatsapp ke 0196025272
    whatsapp ke 0196025272
  3. Terus Daftar Ahli Shaklee 2017 secara online disini http://nak.la/73UM

Kaedah Daftar Ahli Shaklee 2017

Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan iaitu?

  1. Dengan membuat bayaran keahlian sebanyak RM 79
  2. Mendaftar ahli Shaklee secara PERCUMA. Membeli barangan Shaklee sebanyak 200 point dengan 1 resit @ Membeli 2 botol vivix yang sememangnya akan mendapat terus pendaftaran ahli Shaklee secara percuma dan kelebihan-kelebihan dibawah ini sekiranya anda cepat-cepat dapatkan promosi bulan November 2017 ini.
    Daftar Ahli Shaklee 2017 (1)
    Daftar Ahli Shaklee 2017 (1)

    Pendaftaran ahli Shaklee secara PERCUMA pada November 2017 ini dengan mendapatkan TWIN PACK VIVIX akan jimat RM 155. Banyak sangat jimatnya ni. Rugi sangat buat mereka yang tidak dapatkan peluang keemasan ini.

    Bukan mudah Shaklee nak buka promosi Vivix ni. Esklusif produk kot. Produk paling bagus abad ini. Takkan nak biar peluang tu berlalu begitu sahaja.

Oleh yang demikian, boleh juga hadiahkan Vivix buat insan yang tersayang seperti suami yang nak berhenti merokok, ibu ayah yang menghidap penyakit kronik dan atuk nenek yang sudah terlantar. Ikhtiarkan yang terbaik sebelum segalanya terlambat.

Anda sangat bijak jika anda memilih untuk ikhtiar Vivix buat insan-insan tercinta anda. Pilihan ini adalah pilihan yang tepat dan pada masa yang tepat.

Sekiranya ubat hospital sudah tidak memberi kesan positif kepada kesihatan teruslah ikhtiar dengan vivix. Saya percaya dan yakin vivix mampu memberi kesan positif kepada kesihatan anda yang sedang merosot.

Vivix Terbaik
Vivix Terbaik

Kelebihan Jadi Ahli Shaklee

  1. Memperolehi diskaun sehingga 15-20% setiap produk pembelian.
  2.  Dapat cash bonus apabila pembelian anda mencapai 150point dan ke atas dalam masa sebulan.
  3. Mendapat Starter kit percuma yang mengandungi buku, jurnal dan majalah Shaklee
  4. Berpeluang  boleh hadiri kelas-kelas shaklee secara percuma yang di anjurkan oleh Shaklee secara online mahupun offline
  5. Anda akan ditawarkan peluang untuk mendapat CAR BONUS dan CONVENTION.

Seronok sangat bila dah jadi ahli Shaklee ni kan. Lebih-lebih lagi kalau dapat upline yang sangat care akan ahlinya macam Master Salwa yang mengetuai Group SuperStarzFamily.

Jom Join Keluarga SuperStarzFamily Shaklee.

Lebih dari tu anda akan dapat sekiranya anda bersungguh.

Ikhlas dari Anis

 

 

Pengedar Shaklee Enstek Bimbingan Pakar

Saya Anis Sakinah Pengedar Shaklee Enstek dibimbing oleh pakar nutrisi dan berpengalaman 20 tahun dalam penggunaan Shaklee. Hubungi Pengedar Shaklee Enstek : Puan Anis Sakinah di talian hotline 0196025272

Pengedar Shaklee Enstek
Pengedar Shaklee Enstek

Pengedar Shaklee Enstek menyediakan perkhidmatan COD (Cash On Delivery) ke rumah anda di sekitar Bandar Baru Enstek dan kawasan berdekatan.

Pengedar Shaklee Enstek Perkhidmatan COD & Pos Laju Seluruh Malaysia

Buat kawan-kawan yang mencari Produk Shaklee, mari hubungi saya secepatnya Pengedar Shaklee Enstek untuk mendapatkan Produk Kesihatan Terbaik Shaklee secara COD ditempat yang dipersetujui bersama.

COD oleh Pengedar Shaklee Enstek juga boleh dibuat sekitar Kota Seriemas, Kampung Jijan, Salak dan Bandar Baru Salak Tinggi.

Buat kawan-kawan seluruh Malaysia juga boleh mendapatkan Produk Shaklee daripada saya Pengedar Shaklee Enstek yang di Pos Laju terus ke depan pintu rumah anda.

COD Pengedar Shaklee Enstek
COD Pengedar Shaklee Enstek

Pengedar Shaklee Enstek Dibimbing oleh Master Salwa dibawah Kumpulan SuperStarzFamily

Pengalaman Master salwa selama 20 tahun bersama dengan Shaklee dikongsikan kepada Pengedar Shaklee Enstek dan juga rakan-rakan Shaklee di seluruh Malaysia.

Master Salwa sangat komited dalam memberikan konsultasi kepada kami untuk menjalankan bisnes Shaklee. Sehingga beliau rasa bertanggungjawab untuk memastikan kami semua dapat mencapai seperti yang beliau sudah perolehi iaitu Master Koordinator level tertinggi di dalam Shaklee.

Beliau mencapai Master Koordinator dalam masa yang singkat iaitu hanya dalam 7 bulan.

Beliau sangat menekankan isu spiritual dalam menjalankan bisnes Shaklee ini.Ini kerana 80% keberjayaan beliau dalam bisnes Shaklee ini adalah kerana sikap kebergantungan kepada Allah.

Hanya 20% sahaja yang melibatkan teknikal seperti blog, FB, Instagram dan Twitter. Oleh disebabkan inilah saya memilih untuk meneruskan bisnes Shaklee ini dibawah bimbingan beliau.

Setiap hari beliau akan memastikan setiap downline mendapat pengisian rohani melalui medium TelegSaya juga sangat terkesan dan ingin terus mengikut apa yang telah diajarkan sebaiknya. InsyaAllah.

Setiap daripada kami akan diberi kelas produk, kelas nutrisi, kelas marketing, kelas kesihatan dan kelas close deal berkesan oleh beliau dan suami.

Kelas -kelas inilah yang membuatkan SID dibawah beliau rasa lebih yakin untuk memandu pengguna Shaklee menggunakan produk Shaklee dengan cara yang betul dan berkesan. Saya juga tidak terlepas daripada menghadiri kelas-kelas tersebut melalui medium online mahupun offline.

Kawan-kawan jangan beli pada orang yang hanya inginkan keuntungan sahaja. Cuba beli Shaklee daripada orang yang boleh memberikan konsultansi yang betul dalam penggunaan produk Shaklee.

Jangan rasa kurang selesa pula bila SID-SID Shaklee SuperStarzFamily bertanya banyak soalan. Sebenarnya mereka hanya ingin membantu anda untuk mengenalpasti produk terbaik yang sesuai dengan anda. Bukan semata ingin mengaut keuntungan.

Pengedar Shaklee Enstek (2)
Pengedar Shaklee Enstek (2)

Bimbingan Pakar Nutrisi dan Doktor Pakar Berpengalaman

Master Salwa juga merupakan salah seorang yang diiktiraf oleh Shaklee sebagai “Train The Trainer Training Nutrision” pada tahun 2015.

Beliau juga sering menghadiri kelas-kelas yang dibuat oleh Saintis-saintis Shaklee. Disebabkan itulah beliau sangat mahir dalam melahirkan SID yang berpengetahuan luas mengenai dunia bisnes Shaklee.

Pengedar Shaklee Enstek juga salah seorang yang dilatih oleh Master Salwa. Beliau juga menyediakan kelas-kelas kesihatan antaranya seperti Kelas Kanser Punca, Pencegahan dan Cara Mengatasinya yang dibentang oleh Dr. Haresh Kumar.

Kelas-kelas inilah yang memberi kesedaran kepada SID Shaklee agar dapat menyampaikan maklumat yang tepat kepada pengguna mengenai pentingnya vitamin-vitamin Shaklee dalam membantu mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Master Salwa
Master Salwa
Dr. Haresh Kumar
Dr. Haresh Kumar

Dapatkan Produk Shaklee Segera

Shaklee memiliki Produk Nutrisi, Produk Kebersihan Rumah dan Produk Kecantikan.

Yang paling sinonim untuk Pengedar Shaklee Enstek ialah Produk Nutrisi.

Tetapi sekiranya berminat untuk melanggan Produk Kebersihan Rumah dan Produk Kecantikan. Nyiur tapak tangan ini dihulurkan.

Pengedar Shaklee Enstek sangat-sangat berbesar hati ingin membantu rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan bertenaga dengan pengambilan vitamin-vitamin Shaklee.

Sampai disini sahaja dahulu perkongsian daripada saya Puan Anis.

Sekiranya ingin merisik Produk Shaklee terus menghubungi Puan Anis di talian 0196025272.

Sekian, terima kasih kerana bersabar membaca sehingga ke hujung.

Wassalam