Tanda-Tanda Hamil Bayi Perempuan

Tanda-tanda hamil bayi perempuan yang boleh menjadi panduan untuk ibu-ibu yang merancang untuk mendapatkan anak perempuan. Panduan ini hanya daripada pengalaman kak anis yang dah pernah mengandungkan anak perempuan.

Tanda-tanda hamil bayi perempuan

  1. Morning Sickness yang sangat teruk sehingga 5 bulan. Sampai tak boleh langsung bau makanan. Suami masak pun kak anis menyorok dalam bilik dan tutup semua lubang udara yang boleh bawa bau makanan tu masuk dlam bilik. Teruk sangat rasanya. Makan sikit dah rasa nak muntah. Sampai kak anis kene paksa makan lah oleh suami.
  2. Kulit jadi kusam. Masa tu kak anis rasa muka kak anis tak ada seri langsung. Orang tua-tua kata sebab bayi dalam kandungan tu serap aura uminya.
  3. Warna air kencing kuning pekat. Ni memang kak anis perasan.
  4. Emosi kurang stabil. Patut la masa mengandung kakak hafsah dulu kak anis rasa nak marah. Tiba-tiba je menangis tak tentu pasal. Dah la awal perkahwinan. Baru nak kenal pasangan. Mencabar sungguh masa tu.
  5. Kurang daya seksual. Memang sangat-sangat ni yang kak anis rasa. Sampai boleh jadi konflik la. Alhamdulillah bisa diurus.
  6. Mengidam macam-macam. Dah la masa ni hamil di Mesir. Semua yang diidamkan memang semuanya ada di Malaysia je. Mengidam “kuih telinga keling la”, mengidam jambu batu dan mengidam yong tau foo. Ya Allah, kemain la susah nak cari. Alhamdulillah ibu dan abah nak datang ziarah ke Mesir. Dapat la hilang mengidam kuih telinga keling dan buah jambu tu. Yong tau foo dah nak hampir bersalin tu baru jumpa.
  7. Gerakan janin sangat lembut. Berbeza nak dibandingkan hamil anak lelaki. Lasak sungguh dalam perut. Baby perempuan ni kalau dalam perut mungkin dia sopan lagi.
  8. Masa scan 5 bulan susah sangat nak tengok alat kelamin dia. Perempuan ni agak pemalu rasanya. Dah masuk 8 bulan baru la nampak. Kalau anak lelaki ni 5 bulan dah nampak bebird dia.

Inilah dia 8 tanda-tanda hamil bayi perempuan yang kak anis rasakan masa hamilkan kakak hafsah dulu. Pengalaman yang tak akan dilupakan sepanjang hayat kak anis. Mungkin ini hanya tanda-tanda. Kesahihannya hanya tepat bila anak tu lahir kedunia. Walau apa pun jantina anak kita masa dilahirkan terima la takdir Allah itu seredhanya.

Sepanjang kehamilan kak anis hamilkan anak perempuan kak anis amalkan ESP, Bcomplex, Osteometrix, Vitamin c, Vitalea dan Omega.

Alhamdulillah walaupun morning sickness teruk, masih boleh puasa penuh 30 hari.

Nak rahsia dapat puasa penuh walaupun morning sickness. PM je kak anis ye. KLIK Gambar wasap dibawah.

whatsapp Set Hamil Shaklee
whatsapp Set Hamil Shaklee

ATAU nak lebih mudah klik je link dibawah untuk membeli sendiri Set Hamil Shaklee

esell-shaklee Set Hamil Shaklee
esell-shaklee Set Hamil Shaklee

Leave a Comment