Tentang Kak Anis

Bismillahirrahmannirrohim. Assalammualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca laman blog kak anis. Di ruangan ini kak anis nak kenalkan serba sedikit Tentang kak anis. Terima kasih kepada Tuan Puan atau cikpuan kerana meluangkan sedikit masa untuk membaca diruangan blog kak anis ni. (Hotline Pengedar Shaklee Enstek: 0196025272 @ terus whatsapp Pengedar Vivix Shaklee Enstek www.wasap.my/60196025272)

Tentang Kak Anis: Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia

Saya kak anis , berusia 29 tahun pada 2018. Saya seorang isteri kepada Mohd Shairawi Bin Mohd Noor. Suami saya sangat memberi sokongan untuk saya teruskan bisnes shaklee ni.

Disamping itu, Umi kepada 2 orang anak yang soleh solehah dan sihat tubuh badan. Alhamdulillah.

Kak anis berasal dari Sungai Besar Selangor. Tapi sekarang kak anis menetap di Bandar Baru Enstek bersama keluarga mertua.

Pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia di UPM, Serdang.

Kak anis mula mengenali Shaklee pada tahun 2012. Masa ni kak anis dah pun bekerja dengan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sebagai pegawai Belia. Kak anis mengenali shaklee daripada kak Aimi Syazwani.

Masa ni ingat hanya ingin daftar ahli yang menggunakan shaklee saja. Tapi bila dapat penerangan lengkap pasal shaklee ni dari kak aimi rasa berminat pula buat bisnes shaklee.

Alhamdulillah masa ikut suami habiskan belajar di mesir dapatlah buat bisnes shaklee kecil-kecilan. Waktu ni tak berapa faham lagi sistem shaklee ni. Main buat je la. Dapatlah untung runcit dan bonus kecil-kecilan. Sebagai menampung kewangan ketika hidup di Mesir.

Lepas setahun balik Malaysia tak buat apa-apa. Rasa cam tak best pula. Then terus decide nak buat bisnes shaklee semula.

Terjadilah episod baru dengan Mami Salwa (Upline sekarang). Ala.Mami Salwa yang naik rank Master Shaklee dalam masa 7 bulan tu je.

Setelah setahun bersama Mami Salwa ni, walaupun belum naik rank tapi kak anis rasa ilmu bisnes makin bertambah.

Alhamdulillah.

Banyak Kelas kak anis dah hadiri antaranya Kelas Blog SEO, Kelas Nutrisi, Kelas Kesihatan, Kelas Marketing  dan Kelas Bisnes.

Semua Kelas-kelas ni membantu kak anis untuk meneruskan perjalanan bisnes shaklee kak anis ni.

Ini adalah sedikit pengenalan tentang kak anis.

PENGALAMAN  HAMIL DENGAN SHAKLEE

Dengan asbab Shaklee la juga Allah SWT kurniakan kak anis mengandung seawal 4 bulan perkahwinan. Ini pun disebabkan kak anis amalkan Bcomplex shaklee 3 bulan sebelum kahwin. Kiranya masa kak anis mengandung tu memang dinding rahim kak anis dah bersedia untuk terima fetus.Alhamdulillah.

Oleh itu, jangan biarkan rahim tidak bersedia menerima tempelan fetus ye. Iaitu biarkan dinding rahim tak kuat. Kalau ini berlaku fetus sukar untuk menempel di dinding rahim. Keguguran mudah berlaku. Sediakanlah dinding rahim anda dengan pengambilan Bcomplex Shaklee dengan Asid Folik.

Masa mengandung pula kak anis alami tekanan darah rendah. Pernah sekali tu kak anis hampir pitam disebabkan tekanan darah rendah.

Justeru itu, Alhamdulillah juga selepas amalkan Vitalea tekanan darah kak anis kembali normal. Akhirnya kak anis dapat lalui fasa mengandung yang bebas dari tekanan darah rendah. Tekanan Darah rendah ketika hamil jangan dibiarkan ye. Sebab ia boleh merencat perkembangan bayi dalam kandungan.

Syukur sangat dapat kenal shaklee ni, sebab masa awal kehamilan pertama kak anis berada dalam bulan ramadhan. Alhamdulillah walaupun alami morning sickness yang agak terus tapi kak Anis berjaya puasa Ramadhan 30 hari. Nak tahu apa yang kak anis amalkan sepanjang puasa? ESP dan Performance Drink Shaklee. 2 produk ni la bantu mengekalkan tenaga sepanjang awal kehamilan pertama kak anis.

PENGALAMAN BERPANTANG DENGAN SET PANTANG CZER SHAKLEE

Ditakdirkan kak anis terpaksa melalui pengalaman czer buat kali pertama disebabkan kandungan kak anis songsang.

Dapatlah pula rezeki berpantang sendiri dibantu oleh sahabat-sahabat ISMA MESIR.

Apa yang memudahkan lagi kak anis berpantang sendiri ialah kak anis mengambil Set Berpantang Czer Shaklee.

Set yang kak anis ambil ialah:

  • Bcomplex(untuk mengawal emosi),
  • ostoemetrix( untuk tambah kalsium kak anis yang dah kurang),
  • Esp( Untuk memberi tenaga dan kekenyangan yang panjang),
  • vitamin c( untuk mempercepatkan kesembuhan luka).

Akhirnya, sahabat-sahabat kak anis perasan yang kak anis sangat bertenaga walaupun baru seminggu bersalin.Alhamdulillah.

Lagi satu yang kak anis perasan, bayi kak anis tiada kene jaundice dan kulit bayi kak anis sangat bersih dan putih melepak.Alhamdulillah.

PENUTUP

Kak anis akan teruskan bisnes ini dengan niat untuk membantu seramainya orang untuk dari segi kesihatan dan dari segi ingin menjana kewangan keluarga.

Jom bersama kak anis di dalam group SuperStarzFamily dibawah bimbingan Master Salwa untuk sama-sama tingkatkan kualiti kesihatan dan kualiti kewangan kita.

Kak anis sedang mencari Agen dibawah kak anis untuk sama-sama menjana pendapatan sendiri dengan bersungguh-sungguh membina bisnes shaklee ini.

Terima kasih dan kak anis sangat hargai para pembaca kerana membaca page ini sehingga ke penghujung.